Klik imej ini untuk 'download' toolbar Rungus.FM



Klik ikon di bawah untuk download playlist dan memainkannya di
PC/Laptop, Ipad dan Iphone anda.


Tarian Tradisional Masyarakat Rungus

Tarian “Mogigol Sumandai”Rungus

Tarian suku kaum Momogun Rungus ditarikan oleh seorang lelaki dan beberapa orang perempuan. Tarian yang dinamakan Sumundai-Mongigol ini diiringi dengan paluan gong. Apabila lelaki dan perempuan sama-sama menari, ia dipanggil "miandak" dalam bahasa Rungus. Tarian Sumundai-Mongigol ini ditarikan apabila tiba Pesta Kaamatan, majlis perkahwinan, keraian ataupun ketika menyambut tetamu yang istimewa.

Kadang-kadang semasa tarian ini ditarikan, beberapa orang Rungus akan membawa beberapa gelas arak buatan sendiri seperti "kinomol" yang diperbuat dari beras dan "tinonggilan" yang diperbuat dari jagung untuk para tetamu yang hadir dalam majlis berkenaan.

Masyarakt Rungus mempunyai tarian yang kurang dipromsikan setakat ini iaitu “Tarian Manaradan” yang dikenali juga Tarian Magunatip dikalangan Masyarakat Dusun. Selalunya tarian ini hanya ditarikan oleh kaum wanita manakala kaum lelaki hanya memaikan peralatan bamboo yangdigunakan dalam tarian ini. Alunan muziknya juga berlainan rentakknya dengan tarian Sumundai Mogigol ini.

Tarian “Manaradan”

Lelaki yang bertugas untuk memainkan”Poring” bamboo dalam tarian manaradan ini.

 

Pemungut Data/Penyelidik : Felix Akiam/Marscela Edenne Talu
Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA)
Tajuk/Aspek : Muzik dan Tarian Tradisional

 

 

 

 

 

 

 

 

RFM URL

http://206.190.131.100:9976/

( for radiobee, hp, etc)

http://206.190.131.100:9976/listen.pls

(For other tablet, hp tab etc)

Rungus.FM