|
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN DAN BORANG PENDAFTARAN
PERTANDINGAN LIGA BOLASEPAK VUROSS PIALA PRESIDEN SAMORA 2012 ANJURAN SAMORA FC Tadbir oleh PERSATUAN MOMOGUN RUNGUS SABAH (SAMORA) 2012 PERATURAN PERTANDINGAN
1. NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan ini dinamakan “LIGA VORUSS PIALA PRESIDEN SAMORA 2012” yang akan diadakan pada bermula pada 2hb Jun 2012 hingga 29hb Julai 2012 tertakluk kepada perubahan dan keadaan semasa mengikut jadual.
2. TEMPAT PERTANDINGAN
Pertandingan akan diadakan di padang yang telah disediakan oleh pihak pengajur dan luluskan oleh Jawatankuasa penganjur yang merujuk kepada jadual 1. 2hb Jun -3hb Jun 2012 (Sabtu/Ahad) Daerah Kecil Paitan, Beluran 16hb Jun- 17hb Jun 2012(Sabtu/Ahad) Daerah Pitas 30hb Jun- 1hb Julai 2012(Sabtu/Ahad) Daerah Kota Marudu 14hb Julai- 15hb Julai 2012(Sabtu/Ahad) Daerah Kudat 21hb Julai- 22hb Julai 2012(Sabtu/Ahad) Dearah Kecil Matunggong, Kudat 28hb Julai- 29hb Julai 2012 (Sabtu/Ahad) Bandaraya Kota Kinabalu
MASA : 7.00 pagi- 6.00 petang (Tertakluk kepada keadaan cuaca)
3. PENGURUSAN PERTANDINGAN
Keseluruhan kawalan dan pengurusan pertandingan adalah dibawah Jawatankuasa Pertandingan iaitu Urusetia Liga Vuross Piala Presiden SAMORA 2012.
4. UNDANG-UNDANG
Undang-undang dan peraturan permainan adalah mengikut undang-undang dan peraturan yang dilaksanakan oleh FIFA. Sebarang pertikaian yang tidak dinyatakan di dalam FIFA akan diputuskan oleh Urusetia Kejohanan (Local Rule) dan keputusan adalah muktamad.
5. PENYERTAAN
5.1. Penyertaan adalah terbuka kepada mereka yang berketurunan Momogun dari Sabah. 5.2. Setiap permohonan hendaklah dibuat melalui borang penyertaan rasmi yang dikeluarkan oleh urusetia pertandingan di mana semua maklumat dan syarat hendaklah dipenuhi dan dipatuhi. 5.3. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM120.00 (RINGGIT MALAYSIA SERATUS DUA PULUH SAHAJA) untuk setiap pasukan. Bayaran boleh dibuat secara tunai kepada Jawatankuasa penganjur sahaja. 5.4. Pasukan yang telah mengesahkan penyertaan di dalam Pertandingan perlulah menghantar borang pengesahan nama pemain dan disahkan oleh Pengurus Pasukan. 5.5. Borang penyertaan dan pandaftaran pemain hendaklah dikembalikan kepada Urusetia Kejohanan sehari sebelum kejohonan dimulakan disetiap Daerah masing-masing. 5.6. Penyertaan pasukan jemputan adalah keputusan pihak penganjur.
6. PENDAFTARAN PEMAIN
6.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak melebihi 16 orang pemain(termasuk pemain gantian/simpanan) di dalam borang pendaftaran. 6.2 Pertukaran pendaftaran pemain tidak dibenarkan setelah borang penyertaan dan pendaftaran pemain diserahkan kepada Urusetia Kejohanan. 6.3 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan oleh satu-satu pasukan sahaja yang layak mengambil bahagian. 6.4 Seseorang yang digantung permainannya oleh SAFA atau gabungannya adalah dilarang daripada menyertai kejohanan dalam tempoh penggantungannya. 6.5 Pasukan yang menjadi Johan dibenarkan mengambil hanya 3 orang pemain untuk bermain dalam Piala Presiden SAMORA 2012. 6.6 Setiap pasukan juga dibenarkan untuk menyertai Liga Vuross di daerah lain atas nama yang sama dan sekurang-kurangnya senarai pemain yang sama TETAPI dibenarkan menukar pemain tidak lebih daripada 7 orang setiap pasukan. 6.7 MESTI menyenaraikan pemain 19 tahun ke bawah sekurang-kurang 6 orang bagi tujuan pembangunan bolasepak pasukan SAMORA FC yang berhasrat menyertai kelayakan Liga FAM pada 2014 nanti.
7. FORMAT PERTANDINGAN
Format pertandingan Liga berkumpulan pada pusingan pertama, kemudian kalah mati pada pusingan kedua bagi memilih dua pasukan mewakili daerah masing-masing. Walaubagaimana pun tertakluk kepada jumlah penyertaan dan persetujuan bersama antara pasukan yang menyertai pertandingan ini nanti.
8. MASA PERLAWANAN
8.1 Masa perlawanan hanya 10 minit separuh masa perlawanan, tambahan masa hanya 3 minit separuh masa dan tandagan penalty akan dilakukan jika sekiranya masih seri tandangan penalty akan dilakukan dengan cara “Sudden-Death” dan jika sekira masih lagi seri atau belum ada pemenangnya maka lambungan duit siling akan dilakukan oleh pengadil dan keputusan pengadil adalah muktamad. 8.2 Masa perlawanan akhir ialah 15 minit setiap separuh masa (30 minit keseluruhan dengan masa rehat tidak melebihi 3 minit kecuali dengan izin pengadil). 8.3 Tiada masa tambahan akan diberikan semasa perlawanan peringkat pusingan awal. Jika seri, tendangan penalti diberikan sebanyak 3 kali diadakan bagi menentukan pemenang JIKA sekiranya format perlawanan bukan liga.
9. WAKTU BERMULA SESUATU PERLAWANAN
9.1 Waktu sepak mula bagi semua perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Kejohanan dan akan dimaklumkan seperti jadual yang akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa kejohanan. 9.2 Jawatankuasa Kejohanan berhak meminda masa sepak mula bagi mana-mana perlawanan dengan memaklumkan pasukan-pasukan yang terlibat. 9.3 Setiap pasukan mestilah berada di padang 15 minit sebelum perlawanan bermula. 9.4 Masa tidak lebih daripada 5 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat berada di padang. Selepas daripada tempoh tersebut, pengadil berhak untuk tidak memulakan permainan dan akan mengemukakan laporan kepada Jawatankuasa Kejohanan membuat keputusan.
10. BILANGAN PEMAIN MINIMA
10.1 Setiap pasukan hendaklah menurunkan sekurang-kurangnya 7 orang pemain yang berdaftar berada di atas padang apabila pengadil memerintahkan perlawanan dimulakan. Mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan ini maka kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan 3 jaringan gol. 10.2 Jika kedua-dua pasukan gagal menurunkan sekurang-kurangnya 7 orang pemain di dalam padang selepas 5 minit apabila pengadil memerintahkan supaya perlawanan akan dimulakan mengikut masa yang dijadualkan maka pihak penganjur boleh membatalkan penyertaan kedua-dua pasukan dan wang pendaftaran tidak akan dikembalikan.
11. PAKAIAN PEMAIN
11.1 Kesemua pemain dalam pasukan mestilah memakai pakaian bolasepak yang lengkap mengikut undang-undang FIFA. 11.2 Jersey hendaklah disediakan pasukan masing-masing dan pasukan tuan rumah adalah nama pasukan awal dan nama pasukan pelawat adalah nama pasukan kedua disebut dalam jadul perlawanan dan jika sekiranya ada persamaan jersey pasukan pelawat mesti menukar jersey mereka.
12. PEMAIN GANTIAN
12.1 Hanya 3 kali penggantian dibenarkan dalam satu-satu perlawanan. 12.2 Mana-mana pemain yang digantikan tidak boleh bermain semula dalam perlawanan tersebut termasuk mengambil tendangan penalti.
13. PENGADIL
Pengadil yang bertauliah dan berpengalaman akan disediakan oleh Urusetia Kejohanan untuk mengadili setiap perlawanan, manakala penjaga garisan adalah disediakan oleh setiap pasukan yang bermain atau yang ditetapkan oleh urusetia daripada satu-satu pasukan yang menyertai kejohanan pada masa tersebut termasuk perlawanan akhir.
14. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN
14.1 Sekiranya pengadil atau penyelaras perlawanan marasakan bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh keadaan cuaca atau hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan tidak dapat teruskan, atau sekiranya sesuatu perlawanan dihentikan akibat hal-hal di luar kawalan kedua-dua pasukan maka Jawatankuasa Kejohanan akan menentukan masa dan tarikh perlawanan yang tertunda atau terhenti itu dijadulkan semula. 14.2 Sekiranya pengadil menghentikan sesuatu perlawanan kerana sikap penonton, pegawai atau pemain sesuatu pasukan yang tidak memuaskan atau yang mendatangkan ancaman maka pengadil perlawanan tersebut hendaklah membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa Kejohanan untuk membuat keputusan. Sekiranya Jawatankuasa Kejohanan membuat keputusan bahawa sesuatu pasukan itu bersalah diatas tindakan yang telah dibuat maka kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan 3 mata dan 3 jaringan semasa perlawanan dihentikan, jika ianya lebih.
15. TINDAKAN TATATERTIB
15.1 Tindakan tatatertib secara otomatik akan dilaksanakan ke atas pemain-pemain seperti beikut :- 15.1.1 Seseorang pemain yang telah dikenakan sebanyak 2 kad kuning oleh pengadil didalam satu-satu perlawanan, pemain tersebut akan digantung satu perlawanan. 15.1.2 Seseorang pemain yang telah dikenakan kad merah oleh pengadil, pemain tersebut secara otomatik akan digantung 2 perlawanan berikutnya 15.1.3 Pihak penganjur akan membatalkan penyertaan mana-mana pasukan yang memulakan pergaduhan atau mengeluarkan terus kedua-dua pasukan yang terlibat ini dari menyertai sebarang perlawanan seterusnya dalam pertandingan ini dan yuran pertandingan tidak akan dikembalikan 15.1.4 Jawatankuasa Kejohanan (Teknikal) boleh mengambil tindakan yang lebih keras terhadap pemain atau pasukan selain daripada peruntukan yang dinyatakan jka perlu. 15.1.5 Keputusan Jawatankuasa Kejohanan adalah muktamad dalam membuat keputusan yang melibatakan pergaduhan.
16. BANTAHAN
16.1 Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan diserahkan kepada pihak Jawtankuasa Penganjur Kejohanan dalam tempoh 15 minit selepas perlawanan. 16.2 Bantahan yang dikemukan MESTILAH disertakan wang tunai RM150.00 (Ringgit Malaysia Seratus Lima Puluh sahaja) kepada Jawatankuasa Kejohanan. Wang bantahan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan berkenaan tidak berjaya diterima atau didapati tidak berasas oleh jawatankuasa rayuan. Ahli Juri Rayuan akan dilantik semasa Kejohanan dan Keputusan Jawatankuasa Kejohanan adalah muktamad.
17. FAIR PLAY
Pasukan yang bertanding digalakkan untuk mengamalkan konsep Fair Play di dalam setiap perlawanan di sepanjang kejohanan ini.
18. HADIAH
Pertama - 1 piala pusingan, 1 piala iringan dan medal Kedua - 1 piala dan medal
19. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN
Segala hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan ini atau soal perbezaan taksiran akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan dan keputusan adalah mukatamad.
20. BORANG PENYERTAAN
Semua borang penyertaan hendaklah dihantar terus kepada Ahli Jawatankasa yang dilantik. beserta wang pendaftaran.
21. TANGGUNGAN PASUKAN
Semua pasukan yang telah Berjaya menyertai kejohanan ini tidak layak menuntuk ganti rugi atau pampas an atau kos perbelanjaan secara keseluruhan Liga Vuross dan Piala Presiden SAMORA 2012 dan semua kos adalah tanggungjawab pasukan masing-masing.
22. KECEDRAAN
Sebarang kecedraan pemain atau kemalangan merupakan tanggungjawab pasukan masing-masing dan kejohanan ini mengutamakan keselamatan.
23. PENYERTAAN
Sebarang pertanyaan berhubung dengan pendaftaran pasukan , sila hubungi :
1) Felix Manap Akiam 0168230777 2) Masz Yine 0198993427 3) Oding Fedi 0133417797 4) Seca Sumandak Sarayo 0109305406 5) Mondow Guak 0142805861 6) Sifu Dkim 0148675167 7) yb St Velandro 0176599928 8) DJ Korizongkong 0135533546
Atau melalui email
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
“ MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA “

|